ANAK sulung kepada bintang realiti Kourtney Kardashian enggan menyertai percutian keluarga bersama ibu dan bapa tirinya, Travis Barker ke Australia. Sebaliknya, Mason memilih untuk menghabiskan masa di rumah bersama bapa kandungnya, Scott Disick. Memasang hasrat mahu meluangkan masa bersama anak-anaknya, Kourtney kecewa dengan keputusan anaknya itu. Jelasnya, dia sangat merindui mereka kerana sudah lama tidak berjumpa susulan berpantang sejak November tahun lalu. Kourtney mahu Mason lebih mesra dengan suami barunya. "Saya sedih sangat bila Mason pilih untuk tidak mahu mengikuti percutian ini. "Saya terpaksa berehat lama selepas bersalin, saya jarang berjumpa dengan anak-anak yang lain. "Kalau boleh saya nak guna masa tersebut untuk meluangkan masa bersama mereka di Australia," katanya menerusi rancangan realiti The Kardashians. ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian risau tengok perubahan fizikal selepas bersalin, takut nak bersenam bimbang rahim jatuh ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney dan suami sempat ‘bermesra’ sehari sebelum bersalin, mahu anak lahir sempena Halloween Kourtney mengumumkan dia melahirkan cahaya mata lelaki yang di beri nama Rocky Thirteen Barker pada 1 November tahun lalu. Untuk rekod, Kourtney mendirikan rumah tangga Bersama Travis pada 15 Mei 2022 hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. Sebelum ini, Kourtney pernah menjalinkan hubungan dengan Scott selama 11 tahun sebelum berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mason Dash, 15, Penelope Scotland, 12, dan Reign Aston, 10 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!