PENYANYI Lily Allen tidak pernah mencuci pakaian di rumah sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada suaminya iaitu David Harbour dan anak-anak. Menerusi temu bual bersama podcast Miss Me? terbitan BBC, penyanyi berusia 39 tahun itu memberitahu dia memiliki ketakutan terhadap beberapa kerja pembersihan pakaian. Kata Lily, dia hanya mengambil alih urusan menggosok pakaian dan selebihnya kerja-kerja mencuci akan dilakukan oleh anggota keluarga yang lain. Lily mengakui mempunyai ketakutan terhadap kerja pembersihan pakaian. "Anda mahu tahu satu rahsia? Saya tidak tahu menggunakan mesin basuh. Saya mempunyai ketakutan terhadap mengecutkan dan mewarnakan pakaian jadi saya tidak melakukannya. "David (suami) dan anak-anak yang melakukan kerja pembersihan pakaian. Saya akan melakukan urusan seterika baju tetapi tidak akan membuat kerja-kerja pengeringan juga (alat pengering). Saya takut," katanya. Dalam pada itu, Lily memuji kemahiran anak sulungnya dalam menggendalikan mesin basuh dan menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melakukan kerja-kerja mencuci pakaian. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi penyanyi pujaan, anak punca karier Lily Allen musnah ARTIKEL BERKAITAN: Disangka mati lemas, Lily Allen rupanya menyelinap bilik hotel lelaki tidak dikenali "Anak-anak saya memang mahir melakukan kerja-kerja rumah seperti itu (membasuh). Ethel (anak sulung) sangat mahi menggunakan mesin basuh. "Saya tidak mahu mendekatinya (mesin basuh)," ujarnya. Untuk rekod, Lily berkahwin dengan David Harbour pada 7 September 2020 namun belum lagi dikurniakan cahaya mata. Sebelum itu, Lily pernah berkahwin dengan Sam Cooper pada 2011 dan bercerai 2018. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ethel, 12, dan Marnie, 11 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!