ANAK lelaki Madonna iaitu David Banda tidak lagi bergantung kepada penyanyi legenda itu sebaliknya memilih hidup berdikari. David yang kini berusia 19 tahun memberitahu dia sudah pun berpindah keluar daripada kediaman mewah Madonna dan kini menetap di sebuah apartment kecil di kawasan The Bronx, New York. Malah David memberitahu dia juga sudah mempunyai pekerjaan sebagai guru muzik secara dalam talian. "Saya sukakan kehidupan seperti sekarang. Seronok rasanya apabila dapat merasai kehidupan apabila perlu bergantung kepada diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Madonna membiarkan anaknya hidup berdikari. "Sekarang kalau lapar terpaksa tahan sebab sedar saya tiada wang nak makan. Seronok rasanya menjadi orang muda yang bebas," katanya. David berkongsi perkembangan dirinya menerusi video siaran langsung di Instagram miliknya. Dalam pada itu, David memberitahu meskipun hidup tanpa keluarga namun dia tidak bersendirian dan sudah pun mempunyai teman wanita. Walaupun bergelut dengan kehidupan namun David memberitahu dia gembira dapat hidup di atas kakinya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Macam tengok persembahan lucah, peminat saman Madonna ARTIKEL BERKAITAN: Madonna mohon saman peminat ditolak, tak pernah janji muncul 'on time' di atas pentas David turut mendedahkan ibunya sedang bahagia bersama teman lelaki baru selepas berpisah dengan Josh Popper. "Sejujurnya ibu sedang bahagia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Itulah kehidupan ibu saya. Dia akan lakukan apa sahaja yang dia mahu," jelasnya. Untuk rekod, David adalah anak angkat Madonna selain Chifundo "Mercy" James, 18, serta pasangan kembar Stella dan Estere, 11 tahun. Madonna juga mempunyai dua anak kandung iaitu Lourdes Leon, 28 dan Rocco Ritchie, 24 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!