suria

Inul Daratista keluar rumah bawa duit ‘juta-juta’, buat sedekah kalau jumpa orang susah

Inul berkongsi rezeki buat golongan memerlukan.

PENYANYI dangdut Inul Daratista akan memastikan membawa wang tunai sekurang-kurangnya 10 juta Rupiah (RM2,890) dalam beg tangannya sebelum keluar rumah.

Bagaimanapun ia bukan untuk dibelanja sebaliknya kata Inul, 45, wang tersebut adalah untuk disedekahkan kepada pemuzik jalanan atau terserempak dengan golongan memerlukan.

"Sejak berkemampuan dan ada rezeki lebih, beg tangan saya sentiasa ada wang tunai. Tujuannya untuk disedekahkan kepada pemuzik jalanan atau sesiapa sahaja yang minta.

inul 2

Inul dan suami tidak lokek bersedekah.

"Kalau ada yang minta saya memang sudah untuk tolak. Biasanya dalam masa dua hari duit itu akan habis.

"Saya percaya jika jadi orang baik, orang sekeliling akan menjaga kita," katanya.

Dalam pada itu, Inul berkata, dia bukan cuba bermegah dengan kebaikan dilakukan namun ia peringatan bahawa dia pernah melalui fasa hidup susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar menghitung hari bahagia, Raffi Ahmad tawar diri jadi pengacara majlis secara percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari di TikTok selepas 6 bulan kematian anak, Tamara Tyasmara minta netizen jangan menyibuk

Apabila sudah berkemampuan, dia merasakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu meringankan beban orang lain kerana memahami perasaan mereka.

"Saya juga dulu hidup susah. Tiada apa-apa. Masa menyanyi di kafe pun pendapatan tak banyak.

"Apabila darjat kita ditinggikan, jangan lupa membantu orang lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain