BERITA perkahwinan pasangan penyanyi Hyuna dan Yong Jun Hyun yang bakal berlangsung pada 11 Oktober depan menerima pelbagai reaksi negatif dalam kalangan peminat. Terbaharu, Hyuna atau Kim Hyun-ah, 32, dilaporkan terpaksa membatalkan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat selepas tiket konsert tersebut dikatakan gagal terjual. Ia susulan tindakan peminat memboikot Hyuna sebagai tanda tidak bersetuju dengan pilihan hati penyanyi itu. Hyuna kecewa dengan tindakan peminat yang memboikotnya. Perkara tersebut disampaikan pihak penganjur konsert malah mereka turut berjanji untuk mengembalikan duit tiket kepada peminat. "Malangnya, konsert Hyuna terpkasa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kami akan pulangkan semula wang anda mengikut jangka masa yang ditetapkan," katanya. Kecewa dengan pembatalan konsert berkenaan, penyanyi itu terus memadam poster promosi di semua platform media sosial miliknya. Ini bukan kali pertama Hyuna mendapat layan buruk daripada peminat, malah persembahannya dalam sebuah acara di universiti turut mendapat respon mengecewakan. ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg Menerusi video yang tular di media sosial, rata-rata penonton dilihat membisu malah mereka langsung tidak bersorak sepanjang penyanyi itu di atas pentas. Sebelum ini, kekasih Hyuna iaitu Jun Hyun terlibat dalam skandal Burning Sun selepas dikatakan menyertai satu kumpulan sembang (chat group) berunsur lucah pada tahun 2019. Pada Januari lalu, Hyuna yang juga merupakan bekas anggota kumpulan 4minute berkongsi foto sedang berpegangan tangan dengan Jun Hyun sekali gus mengesahkan gosip mereka sedang bercinta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!