SELEPAS hampir setahun perbicaraan, pelakon Yoo Ah In akhirnya disabitkan hukuman penjara empat tahun atas pertuduhan penyalahgunaan dadah. Ah In turut diarah membayar denda sebanyak RM7,000 atau dua juta won atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Dadah dan Akta Perkhidmatan Perubatan. Ketika prosiding itu, Ah In meluahkan rasa kesal dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. Ah In kesal atas kesalahan yang dilakukan. Malah, pelakon itu juga tekad untuk berubah dan tidak lagi melibatkan diri dengan pengambilan bahan terlarang. "Saya sangat menyesali perbuatan saya dengan ini saya rendah hati memohon maaf. Apa yang berlaku banyak memberi pengajaran buat diri saya. "Saya tekad untuk jadi lebih matang dan bertanggungjawab. Saya berjanji untuk jadi manusia yang berguna kepada masyarakat," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak hadir siasatan, Yoo Ah In enggan turun kereta kerana ramai wartawan... Polis bakal keluar waran tangkap ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan reman, peminat lempar air kopi ke arah Yoo Ah In Pada 5 Februari tahun lalu, Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah. Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021. Bagaimanapun, Ah In mengaku mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah untuk tidur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!