suria

Anak terlepas cakap dalam program TV, isteri Judika sedang hamil bayi ketiga

Isteri Judika hamil enam bulan.

PENYANYI popular Indonesia Judika mengumumkan dia dan isteri iaitu Duma Riris Silalahi bakal menimang cahaya mata ketiga pada hujung tahun ini.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh anak keduanya iaitu Judeo ketika muncul dalam sebuah program televisyen di Indonesia.

Pada awalnya Judika atau Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, tidak mahu mendedahkan perkara itu namun pengacara program mengusik penampilan isterinya yang nampak berbeza.

Judika tidak sabar menanti ahli keluarga baharunya.

Judika tidak sabar menanti ahli keluarga baharunya.

Tanpa berfikir panjang, Judeo yang baharu berusia 6 tahun mendedahkan penampilan ibunya berbeza kerana Duma sedang hamil.

"Ada bayi (di dalam perut Duma)," kata Judeo.

Tanpa berselindung lagi, Judika meminta orang ramai mendoakan supaya kandungan Duma, 40, sentiasa berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua impian perkahwinan Afifah Nasir berjaya direalisasikan kecuali bawa Judika menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu penyanyi Malaysia hadiah khas Judika buat 12,000 penonton... Sempat kongsi kisah pertemuan dengan isteri

Judika memberitahu kandungan isterinya sudah memasuki usia enam bulan namun tidak mendedahkan jantinanya.

"Duma sedang mengandung dan kandungannya sudah masuk usia enam bulan. Harap semuanya lancar sehingga bersalin," katanya.

Untuk rekod, Judika dan Duma mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2013 dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Cleo Deomora yang kini berusia 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain