suria

Jatuh cinta dengan V BTS, wanita berjaya larikan diri dari Korea Utara

Hyun-kyung sanggup rentas sempadan Korea Utara demi bertemu V.

KESUNGGUHAN peminat BTS atau lebih dikenali dengan gelaran ARMY menunjukkan rasa cinta terhadap kumpulan tersebut sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Seorang wanita dari Korea Utara dilaporkan sanggup merentas sempadan negaranya semata-mata untuk bertemu anggota kumpulan tersebut iaitu V.

Wanita yang bernama Seo Hyun Kyung itu memberitahu dia mula jatuh cinta dengan BTS ketika kali pertama menonton muzik video lagu 'Fire' secara senyap-senyap.

Copy of Untitled - 2024-07-27T171947.449

V sentiasa membuat peminat terkejut dengan rupa paras kacaknya.

Jelasnya, V berjaya membuka matanya tentang dunia luar dan mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam pada dirinya.

"Saya tinggal di Korea Utara, tiba-tiba muzik video lagu 'Fire' muncul.

"Itu kali pertama kali saya lihat V dan terus jatuh cinta dengan wajah kacak dia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Upload’ foto kentang goreng McD, peminat label V BTS tak berperikemanusian

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera, peminat kagum puji lebih kacak

"Dialah yang membuka dunia baru untuk saya, buat saya berani nak rentas sempada demi dia," katanya.

Hyun-Kyung berkongsi perkara itu, menerusi temu bual dalam sebuah acara di Korea Selatan.

Menurut wanita itu juga, muzik K-pop kini banyak mempengaruhi rakyat Korea Utara terhadap budaya luar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain