BINTANG pop Britney Spears tampil mempertahankan dirinya selepas dilihat membuat hantaran mengecam video muzik terbaharu penyanyi Halsey berjudul Lucky. Menafikan dia bertanggungjawab atas komen yang di muat naik di aplikasi X itu, Britney, 43, kemudiannya memadam kembali hantaran berkenaan. "Berita palsu! Bukan saya yang tulis di telefon bimbit. Saya sayangkan Halsey dan sebab itu saya padam semua," katanya. Paparan MV terbaharu Halsey. Sebelum ini menerusi akaun X miliknya, Britney berkongsi rasa kecewa apabila Halsey tampil dengan video muzik baharu seolah-olah mempersendakan dirinya. Malah Halsey juga menggunakan tajuk sama seperti lagu Britney yang pernah dilancarkan pada tahun 2000. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Halsey selepas tampil dengan muzik video berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears berkaki ayam, balut badan guna selimut... Rupanya menjerit di kawasan kediaman kerana buku lali terseliuh ARTIKEL BERKAITAN: Kaki terseliuh belum pulih tapi Britney Spears gigih memandu ambil teman lelaki makan angin "Saya kecewa dengan video Halsey. Saya rasa seperti dibuli. Saya tidak sangka seorang artis yang saya kenal dan kagumi boleh menggambarkan diri saya sebagai seorang bintang pop sebegitu tanpa belas kasihan. "Saya sudah bercakap dengan peguam untuk menilai apa yang boleh dilakukan tentang perkara ini," tulisnya. Sementara itu Hasley pula dilihat cukup tenang dan turut membalas kenyataan penafian yang dibuat Britney. Halsey membalas kenyataan Britney. "Saya sayang Britney. Awak adalah orang pertama yang membuatkan saya sedar untuk rasa dikagumi. "Awak sentiasa memberi inspirasi kepada saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!