suria

Teruja nak jadi ibu, Deepika Padukone tolak tawaran berlakon drama antarabangsa

Deepika tak rancang aktif dalam dunia seni dalam masa terdekat.

BAKAL menimang cahaya mata pertama September ini, pelakon Deepika Padukone mengambil tempoh berehat demi memberi fokus kepada keluarga.

Malah pelakon itu juga dikatakan tidak lagi menerima mana-mana tawaran dalam masa terdekat selain menolak sebuah kontrak dengan sebuah drama bersiri popular terbitan syarikat dari Amerika Syarikat.

Menurut seorang rakannya, Deepika juga merancang untuk menguruskan bayinya itu nanti tanpa menggunakan khidmat pembantu.

deepika 2

Ranveer dan Deepika teruja sambut cahaya mata pertama.

"Deepika kini fokus untuk menjadi ibu dan tidak akan menandatangai kontrak filem baru. Dia juga menolak tawaran drama bersiri terkenal.

"Rasanya dia tidak akan kembali berlakon dalam masa terdekat.

"Dia sangat teruja untuk menjadi ibu. Dia mahu menjaga sendiri anaknya dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain," kata sumber berkenaan seperti yang dipetik dari Times Now.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun kahwin, Deepika Padukone akhirnya umum sudah hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

Dalam masa sama suami kepada Deepika iaitu aktor Ranveer Singh juga amat mementingkan kesihatan isterinya itu sepanjang tempoh hamil.

"Sejak Deepika hamil, Ranveer sentiasa mengelakkan isterinya daripada cerita-cerita toksik di sosial media," ujarnya.

Deepika dan Ranveer mendirikan rumah tangga apda Oktober 2018 dan berkongsi berita gembira bakal menimat cahaya mata pertama pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain