KEMUNCULAN Aurel Hermansyah di majlis kenduri adik iparnya iaitu Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid pada malam Sabtu lalu mencuri perhatian netizen. Ramai meneka Aurel sedang hamil anak ketiga gara-gara perutnya kelihatan buncit ketika menggayakan kebaya merah dengan potongan sendat sehingga menampakkan susuk tubuh badannya. Menafikan sedang hamil, Aurel, 26, menjelaskan penggunaan korset di sebalik kebaya berkenaan membuatkan tubuhnya kelihatan berisi terutamanya di bahagian perut. Aurel dan Atta bahagia dengan kurniaan dua orang cahaya mata. Badannya lebih kelihatan berisi apabila fabrik kebaya digayakannya menggunakan kain jenis tebal. "Saya pakai korset jadi nampak tebal di bahagian perut saya. Saya sudah cuba untuk ketatkan lagi tapi sudah tidak boleh. "Jadi memang tak boleh buat apa-apa. Fabrik kebaya pula memang tebal sampai ada menyangka saya sedang hamil," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi wajah masam jadi bualan, Aurel Hermansyah didakwa tak senang kawan bakal jadi adik ipar ARTIKEL BERKAITAN: Bentuk tubuh dibandingkan dengan Lesti Kejora, Aurel Hermansyah anggap netizen sarkastik Aurel menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Penyanyi itu juga dilihat menutup ruangan komen bagi mengelakkan spekulasi dia hamil menjadi tidak terkawal. Untuk rekod, Aurel mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!