PELAKON Han Ji Min digosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berusia lebih muda 10 tahun daripadanya iaitu penyanyi Choi Jung Hoon. Cinta wanita berusia 42 itu dikatakan mula berputik pada Ogos tahun lalu dan dikongsikan menerusi satu sesi program The Seasons : Choi Jung Hoon Night Garden. Cinta Han Ji Min mula berputik sewaktu bernyanyi sama Menjawab spekulasi, pihak pengurusannya iaitu BH Entertainment tampil mengulas mengenai perkara itu dan menafikan status hubungan pasangan itu. Peminat bagaimanapun meminta agensi pasangan itu segera membuat kenyataan rasmi kerana kemesraan mereka di hadapan umum sukar dibendung lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kejayaan album di Instagram, RM BTS dituduh tak sensitif insiden menimpa Suga ARTIKEL BERKAITAN: Kena raba ketika sertai acara larian, netizen salahkan pakaian seksi Fuji Netizen sebelum ini mula menghidu hubungan mereka ketika berkongsi pentas menyanyikan sebuah lagu berjudul A Thought on an Autumn Night menerusi platform Youtube. Menguatkan dakwaan bercinta itu, mereka dilihat kelihatan mesra sewaktu sesi latihan bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!