KISAH rumah tangga pelakon Ham So Won sekali lagi meraih perhatian apabila suaminya iaitu Jin Hua mendakwa dia dibelasah teruk oleh isterinya pada 7 Ogos lalu. Menerusi hantaran di InstaStory, Jin Hua memuat naik foto memaparkan kesan luka berdarah pada bahagian mata dan hidungnya. "Ham So Won pukul saya. Saya bukan nak jatuhkan sebab dia pelakon, tapi lapan tahun kebelakangan ini sangat susah untuk saya," katanya. Perkongsian tersebut mengundang kritikan hebat netizen sehingga ada yang menuduh So Wo melakukan penderaan fizikal terhadap suaminya. Jin Hua menarik semula tuduhan yang dibuat terhadap isterinya. Jin Hua bagaimanapun bertindak menarik semula kenyataan yang dibuat sebelum ini pada Khamis lalu. Menerusi hantaran di InstaStory, dia menegaskan kecederaan tersebut bukanlah berpunca dari So Won malah turut berasa kesal kerana tindakannya telah mencalarkan imej isterinya. "Saya percaya tindakan saya semalam salah, saya tak patut buat begitu kepada wanita yang sudah melahirkan anak saya. "Isteri saya orang yang baik, dan luka tersebuat tiada kaitan dengan dia langsung. Saya minta maaf" jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip suami cium lelaki lain tersebar, Ham So Won tunjuk bukti Jin Hua bukan homoseksual ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh buat pembedahan plastik, BoA dedah tabiat suka gigit bibir punca muka berubah Tampil bersuara, So Won memberitahu suaminya tidak menyangka perkongsian tersebut akan mendapat perhatian media. "Dia tak fikir panjang sebelum berkongsi, dan terkejut kerana hantaran tersebut terima banyak liputan media. Saya nak minta maaf bagi pihak dia," ujarnya. Sebelum ini, So Won pernah menjadi perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan Jin Hua yang 18 tahun lebih muda daripadanya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018 namun tidak mendapat keizinan keluarga kedua-dua belah pihak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!