NAMA penyanyi Selena Gomez menjadi bualan hangat selepas dikhabarkan sudah bertunang dengan teman lelakinya iaitu Benny Blanco. Memetik laporan The News, Selena sempat berkongsi foto di Instagram memaparkan dirinya sedang bersiap untuk makan malam bersama Benny. Gara-gara foto tersebut, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sudah bertunang selepas meletakkan emoji hati di bahagian jarinya manisnya. Antara foto yang dikongsikan Selena di Instagram miliknya. Ia seolah-olah Selena cuba menyembunyikan cincin yang diberikan Benny kepadanya. Malah pasangan berkenaan dikhabarkan sedang bercuti bersama di sebuah pusat peranginan. Bagaimanapun, pasangan berkenaan masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tutup perut buncit guna tangan, netizen dakwa Selena Gomez sedang hamil ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik Rata-rata peminat teruja dengan dengan khabar tersebut meskipun perkara itu masih belum disahkan lagi. Untuk rekod, Selena dan Benny sudah menjalinkan hubungan sejak Disember 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!