SUSULAN ditahan kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk, video anggota kumpulan BTS iaitu Suga minum arak ketika mengadakan konsert kembali menjadi sebutan netizen. Allkpop melaporkan, menerusi beberapa konsert yang dijayakan oleh Suga, penyanyi berkenaan dilihat sedang menikmati minuman keras di atas pentas sambil disambut dengan sorakan peminat. Ritual minum arak itu dilakukan sebagai salah satu cara untuk Suga berehat dan berkomunikasi dengan peminat dengan lebih dekat. Peminat meluahkan rasa kecewa terhadap Suga. Bagaimanapun selepas terpalit dengan kes memandu dibawah pengaruh alkohol, terdapat segelintir netizen mempersoalkan tindakan penyanyi itu minum arak di atas pentas. Kata netizen, tindakan yang dilakukan oleh Suga itu perlu diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab. "Kenapa Suga perlu menunjuk-nunjuk (minum arak), ia sangat memalukan. Peminat terlalu kecewa melihat tindakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui terbaring di tepi jalan, Suga BTS ditahan pandu skuter eletrik dalam keadaan mabuk ARTIKEL BERKAITAN: Lesen memandu dibatalkan, Suga mohon maaf tunggang skuter ketika mabuk "Saya ingatkan dia hanya berpura-pura minum dari botol wiski tetapi rupanya dia memang kaki botol," tulis netizen. Pada 6 Ogos lalu, Suga menjadi bualan hangat susulan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk. Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya turut dibatalkan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!