suria

Travis ditahan polis di Paris, bergaduh dengan pengawal keselamatan hotel

Travis ditahan polis ketika berada di Paris, Perancis.

PENYANYI rap Travis Scott ditahan kerana bergaduh di hadapan hotel lima bintang di Paris, Perancis pada Jumaat.

Mirror melaporkan, Travis atau nama sebenarnya Jacques Bermon Webster, 33, terlibat dengan pergaduhan bersama pengawal keselamatan sebelum dileraikan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan polis yang diterima oleh wartawan yang dikenali sebagai Peter Allen, sewaktu ditahan penyanyi Wake Up itu berada dalam keadaan mabuk.

Travis terus mencetuskan kontroversi apabila bergaduh dengan bodyguard hotel.

Travis terus mencetuskan kontroversi apabila bergaduh dengan pengawal keselamatan hotel.

"Suspek mabuk dan bergaduh dengan seorang lelaki, mungkin penyambut tetamu di hotel berkenaan.

"Dia (Travis) tidak berada dalam keadaan waras untuk disoal siasat, jadi dimasukkan terus ke dalam sel sebelum benar-benar sedar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink dituduh plagiat MV Travis Scott, peminat dakwa perkara biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh di kelab malam, Travis Scott diburu polis

Difahamkan, insiden tersebut didakwa berlaku selepas Travis menonton perlawanan separuh akhir bola keranjang pasukan Amerika Syarikat menentang Serbia.

Sebelum ini, Travis turut terpalit dengan beberapa kontroversi dan akan dihadapkan ke mahkamah pada September ini kerana terlibat dalam sebuah insiden kapal layar yang berlaku di Miami.

Penyanyi berkenaan ditahan kerana membuat gangguan di kapal persiaran dan turut dilaporkan berada dalam keadaan mabuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain