suria

Netizen desak Celine Dion saman Donald Trump, kempen guna ‘My Heart Will Go On’ tanpa izin

Netizen desak Celine untuk memfailkan saman terhadap Trump (kiri).

PENYANYI Celine Dion didesak untuk memfailkan saman terhadap Donald Trump kerana menggunakan lagu nyanyiannya iaitu My Heart Will Go On sewaktu kempen pilihan raya di Montana, Amerika Syarikat.

Menurut Celine, pihak pengurusan dan syarikat rakamannya iaitu Sony Music sedar mengenai penggunaan lagu tanpa izin yang diputarkan sewaktu kempen Donalad dilancarkan.

Kata Celine, dia tidak membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan lagu nyanyiannya tanpa izin.

celine1 - 1

Celine tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan lagunya tanpa izin.

"Pihak pengurusan dan syarikat rakaman Sony Music Canada menyedari penggunaan video, rakaman dan persembahan muzik lagu My Heart Will Go On digunakan Donald Trump kempen pilihan raya di Montana tanpa izin.

"Saya tidak menyokong mana-mana penggunaan lagu nyanyian saya yang digunakan tanpa kebenaran," katanya.

Celine berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion bakal muncul di pembukaan Olimpik Paris 2024, persembahan pertama selepas derita 'stiff person syndrome'

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil dos ubat berlebihan, Celine Dion nyaris maut

Dalam pada itu, rata-rata peminat menggesa penyanyi berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap ahli politik Amerika Syarikat itu.

"Turunkan dia (Trump), Celine! Saman dia kerana menggunakan lagu tanpa izin.

"Terima kasih kerana sudah menegakkan kebenaran dan bersuara tentang perkara ini," tulis netizen.

celine2 - 1

Trump didakwa menggunakan lagu My Heart Will Go On tanpa izin.

Sebelum ini, beberapa penyanyi meluahkan rasa tidak seang kepada Trump kerana menggunakan lagu mereka pada perhimpunan pilihanraya.

Pada 2018, vokalis kumpulan Aerosmith iaitu Steven Tyler menghantar surat kepada Trump dan mengarahkannya untuk berhenti memainkan lagu kumpulan mereka pada perhimpunan politik di Virginia Barat, Amerika Syarikat.

Manakala penyanyi Rihanna juga pernah menulis surat meminta Trump untuk tidak menggunakan lagunya, Don't Stop The Music yang dimainkan di sebuah acara di Chattanooga, Tennessee.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain