suria

Pelakon Squid Games didakwa lakukan penipuan, singkir rakan sendiri selepas pindah saham

Nama Lee Jung Jae sedang hangat diperkatakan apabila didakwa memperdaya rakannya sendiri.

PELAKON Korea Selatan iaitu Lee Jung Jae berdepan tuduhan melakukan penipuan berkaitan saham sebuah syarikat.

Kes itu juga turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif WYSIWYG Studios iaitu Park In Kyu yang didakwa bersubahat dengannya.

Balai Polis Gangnam di Seoul juga mengesahkan pihak mereka sedang menyiasat aduan dibuat terhadap dua individu tersebut sejak Jun lalu.

Bagaimanapun Jung Jae, 52, yang popular menerusi drama bersiri Squid Games menafikan semua dakwaan dilemparkan terhadapnya.

size NP 1 - 2024-08-11T125939.837

Jung Jae menafikan dia terbabit dalam sebarang penipuan saham.

Dalam pada itu, aduan itu dilaporkan dibuat oleh seorang individu yang menerbitkan drama berjudul RaemongRaein iaitu Kim Dong Rae.

Dong Rae mendakwa, kedua-dua mereka mengelirukan dan memperdayanya untuk mempercayai penglibatan mereka sebagai pemegang saham utama dan akan memberi manfaat besar kepada pertumbuhan syarikat.

Bertindak atas kepercayaan, Dong Rae memindahkan sahamnya kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jung Jae terima bayaran RM4.6 juta satu episod Squid Game 2, kini aktor termahal Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod! Lee Jung Jae jadi aktor Korea pertama menang anugerah Pelakon Terbaik Drama Siri Critics Choice Award

Selepas memperoleh saham tersebut, Jung Jae dan In Kyu didakwa cuba menyingkirkan Dong Rae daripada pengurusan syarikat selain tidak menunaikan janji yang dipersetujui.

Sebagai tindak balas kepada tuduhan itu, Jung Jae memfailkan sama balas terhadap Dong Rae kerana membuat tuduhan palsu berusunurkan penipuan.

Pasukan peguam Jung Jae dalam kenyataan kepada media menjelaskan kontrak yang dipersoalkan jelas menyatakan ia adalah perjanjian melibatkan pemindahan hak pengurusan dan tiada kena mengena dengan aktor tersebut.

Kes itu menarik perhatian penting kerana dikategorikan berprofil tinggi kerana pengaruh Jung Jae dalam industri hiburan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain