suria

Maia Estianty dah sedia terima menantu, puji kekasih El Rumi tak sombong nampak pemalu orangnya

Maia merestui hubungan istimewa di antara El Rumi dan Syifa.

MESKIPUN baru pertama kali bertemu kekasih hati anaknya, penyanyi Maia Estianty memberi bayangan merestui hubungan cinta El Rumi bersama pelakon Syifa Hadju.

Maia, 48, menyifatkan Syifa sebagai gadis yang baik dan pemalu malah mengagumi sifat pemurah yang ditunjukkan keluarga pelakon itu.

"Baru pertama kali berjumpa, saya nampak dia agak malu-malu. Dia nampak macam gadis yang baik dan tak sombong.

Copy of Untitled (80) - Copy

Maia tidak menolak sekiranya El Rumi dan Syifa merancang untuk berkahwin.

"Keluarga Syifa pun baik dan pemurah, selalu kirimkan makanan untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, Maia tidak menolak kemungkinan sekiranya El Rumi dan Syifa mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman bujang mereka.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mahu membuat keputusan terburu-buru memandangkan anak sulungnya iaitu pelakon Al Ghazali juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Brisia Jodie akui sudah lama suka El Rumi... Perbezaan agama mungkin jadi penghalang untuk bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: El Rumi mahu ikut jejak langkah Ahmad Dhani kahwin muda, Maia Estianty kata anak ‘playboy’

"Biar mereka berkenalan dulu, Al Ghazali sebenarnya sudah pun sedia untuk berkahwin. Saya yakin jodoh itu ditangan Tuhan.

"Adat orang Jawa, adik beradik tak boleh berkahwin pada tahun yang sama. Orang kata tak berapa baik," ujarnya.

Sebelum ini, spekulasi percintaan di antara El Rumi dan Syifa tercetus selepas pasangan itu dilihat hadir bersama ke sebuah acara pada Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain