suria

Netizen Indonesia marah, dakwa Seungri bebas buat penampilan di acara kelab malam... Mahu saman individu sebar fitnah

Seungri bakal menyaman penganjur yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

NETIZEN Indonesia meluahkan rasa kurang senang melihat bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri bebas muncul di pelbagai acara di negara itu.

Terbaru, Seungri didakwa bakal membuat penampilan istimewa di sebuah acara kelab malam di Surabaya, Indonesia pada Ogos ini.

Bukan itu sahaja, acara tersebut juga dikatakan sengaja dinamakan 'Burning Sun Surabaya' untuk meraih pehatian.

Rata-rata netizen di media sosial mengkritik hebat pemilihan nama berkenaan serta penampilan Seungri sebagai tetamu undangan.

Copy of Untitled (77)

Seungri menjelaskan dia tidak mahu ada kaitan dengan kelab malam.

Malah ada yang mendakwa penyanyi itu sedang membuat perancangan untuk melebarkan perniagaannya dalam industri kelab malam di Indonesia.

Seungri bagaimanapun tampil mempertahankan diri dan menegaskan dia tiada sebarang kaitan dengan acara tersebut.

Tambahnya, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

"Saya tiada kaitan dan tak tahu menahu tentang acara tersebut. Saya dah tak mahu ada kena mengena dengan kelab lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak senang tengok Seungri datang Malaysia buat show di majlis VIP, masih marah isu skandal ‘Burning Sun’

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa Goo Hara dikenang netizen, rupanya mendiang individu penting bongkar skandal ‘Burning Sun’

"Saya akan saman mereka yang sebarkan fitnah dan gunakan foto saya tanpa kebenaran," katanya.

Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 melibatkan penyanyi Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.

Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain