suria

Isu buli ketika zaman sekolah selesai, Ji Soo kembali aktif sebagai pelakon

Ji Soo mahu terus lebarkan sayap dalam dunia seni.

SELEPAS lebih tiga tahun menyepi, pelakon Ji Soo memberi gambaran dia kini sedia untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video, Ji Soo, 31, memberitahu banyak yang telah berlaku dalam hidupnya selepas dia terbabit dengan kontroversi kes buli ketika di zaman sekolah.

Malah pelakon ini juga mendedahkan dia telah bersemuka dengan individu yang menyebarkan berita tersebut.

ji soo 2

Ji Soo berkongsi video sebagai tanda dia kembali aktif.

"Banyak yang berlaku kepada saya. Saya telah selesai jalani latihan ketenteraan. Saya juga bercakap dengan rakan yang berkongsi perkara buruk tentang saya. Kami telah selesaikan isu ini.

"Hampir empat tahun rasanya berlalu. Saya kini sudah bersedia. Saya siapkan diri untuk mula kembali," katanya.

Dalam video berkenaan, Ji Soo juga berhasrat untuk melebarkan sayap berlakon dalam filem antarabangsa dan kini sedang belajar berbahasa Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh 'kaki buli', Ji Soo mohon maaf secara terbuka - “Kehidupan saya hancur kerana masa lalu yang gelap!”

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho serius nak kahwin, pasang impian ada anak sendiri

Dia juga mahu terlibat dalam pementasan teater dan lebih aktif menghasilkan video pendek untuk saluran YouTube.

Pada Mac 2021 Ji Soo secara terbuka mengakui kesilapan terlibat dengan kes buli dan memohon maaf kepada semua yang telah menjadi mangsa.

Ketika itu dia juga mengambil tanggungjawab menarik diri daripada terlibat dengan sebuah drama lakonannnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain