ANGGOTA kumpulan Spice Girls Victoria Beckham meluahkan rasa menyesal melakukan pembedahan plastik bagi membesarkan buah dadanya pada 1999 dan 2006. Victoria berkata, ketika itu dia membuat keputusan tersebut kerana berasa kurang yakin dengan bentuk tubuhnya apatah lagi apabila bersama anggota Spice Girls yang lain. Namun sejajar dengan peningkatan usia, Victoria berkata, penyesalan mula timbul dalam diri malah sedar apa dilakukan sebagai tindakan paling bodoh. Perkahwinan bersama David banyak mengubah diri Victoria. "Saya bukan nak cipta alasan tetapi memang ada masanya saya rasa tidak yakin dengan diri sendiri sehingga berasa malu hendak ke pantai atau keluar bersama rakan-rakan. "Tapi selama bertahun-tahun juga saya menafikan tindakan saya melakukan pembedahan plastik adalah bodoh dan saya sedar sekarang," katanya. Disebabkan itu kata Victoria, dia melakukan pembedahan membuang silikon pada buah dadanya pada 2009 dan mula menerima bentuk tubuhnya. ARTIKEL BERKAITAN : Percutian 48 jam bersama David paling menakjubkan, kapsyen ghairah Victoria Beckham dianggap memualkan ARTIKEL BERKAITAN : Pernah dituduh tak sebulu, ucapan hari jadi Victoria Beckham buat menantu menyentuh hati Katanya, sebagai seorang wanita yang lebih matang dia kini meraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya dan percaya itu yang menjadikan dirinya berbeza dengan wanita lain. "Sepatutnya kita sebagai wanita perlu meraikan apa sahaja kelebihan dan kekurangan pada diri. "Sekurang-kurangnya itu yang saya belajar tentang pengalaman dua kali melakukan pembedahan plastik sebelum kembali kepada saiz payudara asal," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!