ISTERI kepada Thariq Halilintar iaitu Aaliyah Massaid membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun TikTok dan YouTube yang menyebarkan fitnah ke atas dirinya. Aaliyah atau nama sebenarnya Aaliyah Annisa Jeffar Massaid, 22, telah membuat laporan polis pada 22 Ogos lalu kerana akaun media sosial tersebut menyebarkan fitnah menuduhnya mengandung anak di luar nikah. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Ade Ary Syam berkata pihaknya telah menerima senarai nama akaun yang menyebarkan fitnah tersebut. Aaliyah malu selepas difitnah hamil sebelum berkahwin. "Ada tiga akaun, nama akaun juga ada. Terdapat dua akaun TikTok dan satu akaun YouTube. "Insiden jenayah yang dilaporkan oleh saudari Aaliyah adalah mengenai insiden fitnah oleh media elektronik, seperti yang telah ditetapkan dalam artikel 27A juncto 45 perenggan 4, Undang-undang no. 1 tahun 2024 tentang informasi dan transaksi elektronik (ITE), jika sabit kesalahan hukumannya adalah dua tahun penjara. "Kemudian fasal 310 KUHP (kitab undang-undang hukum pidana) membawa kepada hukuman penjara sembilan bulan, kemudian fasal 311 KUHP membawa kepada hukuman penjara empat tahun, dan fasal 315 KUHP membawa hukuman kepada penjara enam tahun. Ini adalah perkara yang masih disiasat oleh pihak poli," tambahnya. ARTIKEL BERKAITAN : Sebulan kahwin pipi makin tembam, Aaliyah Massaid tak bersenam hanya buat ‘sukan pengantin’ ARTIKEL BERKAITAN : Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi Sementara itu, Aaliyah akan dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan lanjut, namun tarikh masih belum ditentukan. Motif Aaliyah membuat laporan polis kerana merasa malu dan ingin membersihkan nama baiknya. Untuk rekod Aaliyah dan Thariq melangsungkan perkahwinan pada 26 Julai lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!