suria

Menyesal tak fikir panjang sebelum keluar kenyataan, Suga BTS buat permohonan maaf kali kedua

Suga didakwa memutar belit fakta dalam kenyataan pertamanya.

SELEPAS didakwa membuat kenyataan palsu susulan ditahan menunggang skuter dalam keadaan mabuk pada 6 Ogos lalu, anggota kumpulan BTS iaitu Suga tampil memohon maaf buat kali kedua.

Suga, 31, mengakui kenyataanya sebelum ini dibuat secara terburu-buru sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak.

"Pada malam 6 Ogos, saya melakukan kesalahan dengan membawa skuter elektrik di laluan pejalan kaki ketika dalam pengaruh alkohol.

Copy of Untitled (31)

Suga hadir ke sesi soal siasat di Balai Polis Yongsan pada 23 Ogos lalu.

"Saya ingin memohon maaf atas kekeliruan disebabkan oleh permohonan maaf yang pertama.

"Saya tergesa-gesa berkongsi kenyataan itu, sepatutnya saya berfikir panjang," katanya menerusi satu surat kepada peminat.

Dalam pada itu, Suga turut menyesali tindakannya yang telah mencemarkan reputasi baik BTS.

Kecewa dengan diri sendiri, Suga menjelaskan dia rela menerima kritikan mahupun hukuman atas kesalahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesen memandu dibatalkan, Suga mohon maaf tunggang skuter ketika mabuk

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Suga BTS masih panas, kali ini ‘haters’ tulis kecaman atas trak pula!

Sebelum ini, Suga tampil dengan kenyataan menjelaskan dia ditahan ketika meletakkan skuter itu di hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, muncul rakaman litar tertutup CCTV memaparkan penyanyi itu terjatuh ketika sedang menunggang kenderaan itu di kawasan awam.

Susulan itu, ramai pihak marah dengan tindakan Suga yang dikatakan menipu dan memutar belitkan fakta demi menutup malu.

Pada 23 Ogos lalu, Suga dilaporkan hadir ke Balai Polis Yongsan, Seoul untuk membantu sesi soal sisat bagi kes membabitkan dirinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain