ISTERI kepada pemain bola, Pratama Arhan iaitu Azizah Salsha dilihat menunaikan ibadah umrah ketika kontroversi dan dakwaan dia berlaku curang sedang hangat diperkatakan netizen. Meninjau di ruangan komen media sosial mengenai perkara itu, netizen mendoakan agar urusan umrah Azizah atau mesra disapa Zize itu dipermudahkan dan dia berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik. "Semoga dapat hidayah dan kurangkan melakukan perkara yang tidak penting. Hubungan Zize dan Arhan masih baik. "Sudah tiba masanya berkhidmat kepada suami. Suami yang menutuo aib awak. "Masya-Allah, semoga dapat hidayah menjadi Wanita lebih baik," tulis netizen. Sementara itu, suaminya juga dikhabarkan akan menyusul isterinya ke Tanah Suci. Ini kerana, Arhan Bersama pasukan bola sepak Indonesia ke sana bagi perlawanan menentang Arab Saudi untuk kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2026 pada 5 September depan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas panas isu curang, isteri pemain bola sepak dipecat jawatan CEO ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga Sebelum ini kecoh di media sosial negara seberang mengenai Zize yang didakwa berselingkuh dengan Salim Nauderer iaitu kekasih pempengaruh Rachel Vennya. Namun Zize menyangkal tuduhan itu menerusi Instastory dan memberitahu hubungan rumah tangganya dalam keadaan baik. Untuk rekod, Azizah melangsungkan pernikahan bersama Pratama Arhan pada bulan ogos tahun 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!