PENYANYI Justin Bieber meluahkan rasa teruja selepas isterinya Hailey selamat melahirkan cahaya mata lelaki. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Justin, 30, menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Sabtu. Justin memilih Jack Blues Bieber sebagai nama anak sulungnya itu. Justin dan Hailey pilih nama Jack Blues Bieber. “Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan. “Justin Bieber dah jadi bapa, saya tumpang gembira. ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber bakal jadi bapa, isteri kini hamil 6 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Hargai pengorbanan isteri sedang hamil... Justin Bieber ‘upgrade’ cincin tunang Hailey, mewah siap tambah berlian “Mesti kacak seperti bapa dia! Tahniah Justin dan Hailey. “Tahniah! Sangat gembira buat kamu berdua,” tulisnya. Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!