suria

Siasatan kes dadah Lee Sun Kyun tamat, polis serah 5 suspek kepada pihak pendakwaan

Siasatan lanjut mengenai kes dakwaan penggunaan dadah mendiang Sun Kyun tidak akan diteruskan.

SIASATAN berprofil tinggi terhadap dakwaan penggunaan dadah mendiang pelakon Lee Sun Kyun berakhir dengan tiada siasatan lanjut akan dijalankan.

Agensi Polis Metropolitan Incheon memberitahu akhbar tempatan mengenai perkara itu dan turut memaklumkan siasatan berhubung baki enam suspek tersebut juga tidak akan didedahkan.

Daripada 11 suspek yang disiasat, termasuk keturunan bangsawan, polis menyerahkan lima kepada pihak pendakwaan.

size NP 1 - 2024-08-23T115643.054

Kes siasatan dakwaan penggunaan dadah mendiang Sun Kyun tiada siasatan lanjut.

Lima termasuk bekas pelakon berusia 29 tahun yang dikenal pasti dengan nama keluarga Park, dituduh memeras ugut dan mengambil kira-kira 50 juta won (RM164,000) daripada Sun Kyun.

Manakala seorang pelayan bar dikenali dengan nama keluarganya Kim, dituduh mengekstrak 300 juta won (RM982,000) daripada mendiang.

Selain itu seorang doktor disyaki membekalkan dadah kepada pelayan bar berkenaan.

Pelakon Park dan Kim dilaporkan berkenalan semasa menjalani hukuman penjara bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Seumur hidup Shuk Sahar tak pernah cerita buruk tentang orang

Kedua-dua mereka ditahan dan didakwa atas tuduhan memeras ugut mendiang pada Januari lalu.

Sebelum ini, semasa kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa, Sun Kyun ditemui mati dipercayai bunuh diri di sebuah taman di Bandar Seoul pada 27 Disember tahun lepas.

Nama Sun Kyun menjadi perhatian ramai selepas dia didakwa mengambil beberapa jenis dadah di rumah salah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah kelab mewah di Gangnam.

Mendiang didakwa sudah beberapa kali berkunjung ke rumah pelayan wanita itu sejak awal tahun lalu.

size NP 1 - 2024-08-23T115619.122

Sun Kyun dikenali menerusi lakonannya dalam filem Parasite.

Sun Kyun mendakwa dia diperangkap mengambil barang terlarang yang tidak diketahui isi kandungannya.

Ujian saringan dadah yang dilakukan sebanyak dua kali mendapati aktor itu bersih daripada sebarang pengambilan barang terlarang.

Untuk rekod,Sun Kyun mendirikan rumah tangga dengan aktres Jeon Hye Jin pada 23 Mei 2009 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 15 dan 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain