suria

Panik terlanggar warga emas, Denis Kwok dituduh tidak bertanggungjawab

Insiden Denis melanggar seorang wanita tular di media sosial.

PENYANYI Hong Kong Denis Kwok menerima kecaman hebat susulan dakwaan dia terbabit dalam insiden langgar lari melibatkan seorang warga emas pada 20 Ogos lalu.

Tampil menjelaskan hal berkenaan, Denis memberitahu sudah bersemuka dengan wanita tersebut sebelum beredar pergi kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.

"Saya ternampak seorang wanita tua terjatuh menerusi cermin pandang belakang. Saya terus keluar dan meminta maaf. Saya bertanya adakah dia cedera, perlu membuat laporan polis atau mahu dihantar ke hospital.

denis kwok 2

Denis tampil mohon maaf selepas dikecam teruk.

"Wanita berkenaan memberitahu dia dalam keadaan baik dan saya terus beredar," katanya.

Video kejadian tersebut tular di media sosial sehingga ramai yang menuduh Denis sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Penyanyi itu turut memberitahu dia panik ketika kejadian berkenaan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Denis kemudian membuat laporan polis dan sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjalankan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: San E berdepan tuduhan jenayah, pukul orang awam guna telefon sampai gigi patah

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Suga BTS masih panas, kali ini ‘haters’ tulis kecaman atas trak pula!

"Saya membuat laporan polis dan bersedia untuk memberi kerjasama. Saya akan lebih berhati-hati ketika memandu di masa akan datang.

"Saya terlalu panik dan keadaan huru-hara selepas melanggar wanita berkenaan. Saya tidak tahu cara untuk berdepan situasii sebegitu," jelasnya.

Pihak polis mengesahkan Denis tampil membuat laporan selepas 27 jam insiden berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain