suria

Konsert batal sebab dapat ancaman, Taylor Swift lega peminat tak meratap sebab kehilangan nyawa

Taylor enggan cetuskan sebarang provokasi.

LAMA berdiam diri, penyanyi Taylor Swift akhirnya buka mulut mengenai pembatalan konsert jelajah The Eras Tour di Vienna, Austria selepas didakwa menjadi sasaran ancaman pengganas pada 9 Ogos lalu.

Taylor menegaskan dia terpaksa mengunci mulut kerana enggan mencetuskan provakasi terhadap mana-mana pihak.

Jelasnya, dia sangat mementingkan keselamatan peminat yang bakal hadir ke konsertnya.

"Saya pilih 'berdiam diri' kerana mahu bersabar dan menunggu masa tepat untuk bersuara.

Copy of Untitled (17)

Taylor mengakui rasa bersalah dengan pemabatalan konsert tersebut.

"Saya tidak mahu bercakap tentang perkara itu secara terbuka kerana takut kenyataan saya mungkin akan disalah faham pihak tertentu.

"Fokus saya adalah habiskan konsert jelajah dengan selamat dan melindungi setengah juta orang yang datang ke konsert saya," katanya.

Dalam pada itu, Taylor turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa Austria mengesan ancaman tersebut.

Penyanyi itu bagaimanapun tetap berasa kesal kerana impian peminatnya untuk menyaksikan konsert tersebut tidak kesampaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki ditahan rancang serangan, konsert 3 malam Taylor Swift di Austria dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN: 50,000 peminat sanggup berpanas, panjat bukit demi tonton konsert Taylor Swift percuma

"Terima kasih kepada mereka, sekurang-kurangnya kita meratapi pembatalan konsert dan bukannya nyawa.

"Saya tetap rasa bersalah kepada semua peminat yang sudah pun merancang untuk hadir ke konsert saya berbulan lalu," ujarnya.

Sebelum ini, konsert Taylor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Ernst Happe selama tiga malam terpaksa dibatalkan selepas dikatakan menjadi sasaran pengganas.

Keputusan tersebut dibuat selepas berita penangkapan dua individu yang disyaki merancang serangan di acara besar-besaran termasuk konsert Taylor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain