suria

Follow TikTok perunding perkahwinan, netizen syak Selena Gomez sedang rancang majlis kahwin

Selena dikhabarkan sedang giat merancang majlis kahwin.

TINDAKAN penyanyi Selena Gomez mengikuti akaun sebuah agensi perunding perkahwinan di laman TikTok mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, Selena dikatakan seolah memberi bayangan dia dan teman lelakinya, Benny Blanco sedang merancang persiapan kahwin.

Peminat mula menyedari perkara itu sejak Isnin lalu selepas khabar angin pertunangan pasangan itu menjadi bualan hangat.

Copy of Untitled (6)

Bukan itu sahaja, portfolio agensi berkenaan dalam menguruskan perkahwinan selebriti terkenal lain turut semakin menguatkan firasat peminat penyanyi itu.

Sebelum ini, Selena dikhabarkan sudah bertunang dengan Benny selepas dia meletakkan emoji hati di bahagian jarinya manisnya dalam sebuah hantaran foto.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba sembunyi cincin di jari, netizen dakwa Selena Gomez dan Benny Blanco sudah bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup perut buncit guna tangan, netizen dakwa Selena Gomez sedang hamil

Penyanyi itu seolah-olah cuba menyembunyikan cincin yang diberikan Benny kepadanya.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu sehingga kini.

Untuk rekod, Selena dan Benny sudah menjalinkan hubungan sejak Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain