KECOH di negara seberang berita penyanyi dan personaliti media sosial Azizah Salsha yang didakwa berlaku curang terhadap suaminya iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Pratama Arhan. Berita tersebut menjadi bualan hangat selepas rakan Azizah berkongsi tangkap layar perbualan yang dilakukan penyanyi berkenaan. Bukan itu sahaja, satu lagi paparan skrin tersebar turut mendakwa Azizah menjalinkan hubungan bersama dua orang lelaki tanpa pengetahuan suaminya. “Zize curang dengan Satria Ananta dan Salim,” perkongsian yang tular di laman X. Azizah nafi berita berkenaan rumah tangganya. Sementara itu, Azizah menerusi perkongsiannya di Instastory menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan berita itu adalah palsu. “Terima kasih kepada semua atas keprihatinannya dan atas segala doanya. “Kami mohon jangan sebarkan berita palsu dan fitnah di luar sana, Beri kami privasi buat masa sekarang, maaf atas kekecohan yang berlaku,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bertahan kerana anak, Cut Intan Nabila tunjuk bukti dipukul suami... Tergamak curang dengan kawan sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi curang dengan isteri orang, Jang Shin Young enggan ceraikan Kang Kyung Joon Dalam pada masa sama, Azizah atau lebih mesra dipanggil Zize, 21, berkata walaupun berita itu tersebar namun tidak memberikan kesan kepada rumah tangganya. “Rumah tangga kami dalam keadaan baik buat masa sekarang,” luahnya di Instastory. Untuk rekod, Azizah melangsungkan pernikahan bersama Pratama Arhan pada bulan ogos tahun 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!