suria

Anak perempuan Angelina Jolie dan Brad Pitt secara sah dapat kebenaran gugur nama bapa

Shiloh (paling kanan) secara sah menggugurkan nama keluarga Brad Pitt (kiri).

ANAK pelakon Brad Pitt iaitu Shiloh Jolie-Pitt akhirnya menerima kebenaran untuk menggugurkan nama keluarga bapanya secara sah.

Dailymail melaporkan, tiada perbicaraan rasmi bagi penukaran nama tersebut namun sebuah petisyen sudah diberikan kepada Shiloh pada Isnin mengikut dokumen rasmi mahkamah.

Pada Mei lalu, Shiloh mengupah dan membayar peguam bagi memfailkan tuntutan menggugurkan nama Pitt bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

pitt - 1

Shiloh (kiri) enggan lagi dikaitkan dengan Brad Pitt.

Shiloh memfailkan untuk menukar namanya daripada Shiloh Nouvel Jolie-Pitt kepada Shiloh Nouvel Jolie.

Tindakan menggugurkan nama keluarga Brad Pitt kerana Shiloh enggan lagi ada kaitan dengan aktor berkenaan.

Tidak hanya Shiloh, adiknya iaitu pasangan kembar Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, juga mahu membuang nama bapanya dalam pendaftaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad Pitt

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Shiloh terluka sikap bapa, punca fail gugurkan nama keluarga Brad Pitt

Malah Vivienne telah memperkenalkan nama baharunya ketika menghadiri beberapa acara.

Sebelum ini, dua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, turut menggugurkan nama Brad.

Bagaimanapun mereka tidak memfailkan penukaran nama secara rasmi seperti dilakukan Shiloh.

Untuk rekod, Brad berkahwin dengan pelakon Angelina Jollie pada 2014 namun bercerai pada 2019.

Pelakon Mr and Mrs Smith itu turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Pax Thien Jolie-Pitt, 20 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain