suria

San E berdepan tuduhan jenayah, pukul orang awam guna telefon sampai gigi patah

San E didakwa memukul orang awam sehingga cedera.

PENYANYI rap asal Korea Selatan iaitu San E berdepan tuduhan menyerang orang awam di sebuah taman di Mapo-gu, Seoul pada 17 Ogos lalu.

Insiden berlaku selepas San E atau Jung San, 39, didakwa menegur cara individu tersebut menolak basikal berhampiran pintu masuk taman berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang sehingga San E bertindak memukul individu itu dengan telefon miliknya dan objek lain.

Copy of Untitled - 2024-08-19T145537.802

San E didakwa memukul individu tersebut menggunakan telefon bimbit.

Susulan itu, mangsa mendakwa mengalami kecederaan pada bahagian mata selain giginya turut patah.

Wakil polis daerah Mapo-gu, individu itu turut didakwa atas tuduhan sama memandangkan dia turut menyerang San E dalam pergaduhan tersebut.

"Individu itu juga telah didakwa atas tuduhan serangan kerana ia adalah kes keganasan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cuba jadi hero, bertengkar dengan wanita sepak kereta orang awam

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Games didakwa lakukan penipuan, singkir rakan sendiri selepas pindah saham

"Bagaimanapun, disahkan dia tidak menggunakan sebarang objek sebagai senjata," katanya.

Wakil pihak pengurusan San E pula enggan mengulas lanjut berkenaan insiden berkenaan.

"Kami tiada sebarang komen buat masa ini. Kami memohon maaf," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain