KRISIS rumah tangga Cut Intan Nabila semakin hangat diperkatakan selepas pempengaruh itu dilaporkan pernah berdepan penderaan secara fizikal ketika hamil anak ketiganya. Perkara itu didedahkan sendiri teman baik Intan iaitu Shella Sauki yang turut sama melihat kejadian itu menerusi rangkaman video litar tertutup (CCTV). Shella memberitahu suami Intan iaitu Armor Toreoder ketika itu bertindak menendang Intan sehingga jatuh dari katil ketika dia sedang sarat mengandung. Lebih parah, insiden tersebut dilakukan dihadapan anak-anak mereka yang masih kecil. Shella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran hantaran di Instagram. "Semalam Intan tunjuk beberapa video dia dibelasah Armor, rupanya banyak lagi video yang dia belum kongsi kepada umum. "Video itu bukti dia dipukul dan ditendang jatuh dari katil ketika sedang hamil di depan anaknya," katanya. Shella menyifatkan situasi dialami Intan tidak ubah sepert hidup dalam neraka kerana berterusan didera meskipun dalam keadaan hamil dan lemah. "Lepas bersalin pun dia kena seksa lagi. Itu bukan rumah tangga tapi rumah neraka! ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu anak jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila menangis teresak-esak dalam pelukan bapa ARTIKEL BERKAITAN: Armor Toreador mengaku belasah isteri, kantoi tonton video lucah punca naik tangan "Dia harus dapat balasan dari Allah atas perbuatan kejinya," ujarnya. Dalam pada itu, Intan turut mendedahkan dia dan anaknya terpaksa berulang-alik ke hospital susulan menjadi mengsa dera selama bertahun-tahun. Meskipun kesan penderaan tersebut tidak kelihatan dari segi luaran namun ia menjejaskan kesihatan mental anak-anaknya. "Kami terpaksa mendapat sokongan dari segi psikologi meskipun tak dapat lihat luka itu tapi mental kami terganggu. Penderaan yang dihadapi turut menjejaskan mental nnak-anak Intan. "Begitu juga bayi saya, sehingga kini kami masih ke hospital untuk dapatkan rawatan," jelasnya. Sebelum ini, Intan bertindak memuat naik rakaman video memaparkan dirinya dipukul Armor di kediaman mereka menerusi laman Instagram miliknya. Intan turut mendedahkan suaminya bukan sahaja melakukan penderaan fizikal malah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Armor kini dipercayai berada dalam tahanan polis selepas berjaya ditahan di sebuah hotel pada 15 Ogos lalu. Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!