suria

Suami mahu damai demi anak-anak, Cut Intan Nabila tetap teruskan kes... Nafi tarik laporan kena pukul

Intan nafi tarik laporan polis.

PEMPENGARUH media sosial Indonesia, Cut Intan Nabil tidak pernah menarik balik laporan polis terhadap suaminya iaitu Armor Toreador berhubung kes keganasan rumah tangga.

Malah Cut menafikan mereka sudah berdamai seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Sebaliknya, siasatan kes dia dipukul masih lagi berjalan.

cut intan 33

Intan berkongsi video terkini keadaan dirinya.

"Terima kasih kepada pihak polis yang mengendalikan kes ini. Saya ingin menjelaskan kes ini masih terus berjalan.

"Diharapkan seluruh rakyat Indonesia akan ambil pengajaran tentang keganasan rumah tangga," katanya.

Intan berkongsi perkara berkenaan dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada awal pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu anak jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila menangis teresak-esak dalam pelukan bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Armor Toreador mengaku belasah isteri, kantoi tonton video lucah punca naik tangan

Dalam masa sama dia sekali lagi memohon maaf kerana merahsiakan kesengsaraan dialami selama lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Armor.

"Maafkan saya jika selama lima tahun ini menyimpan apa yang saya alami daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat. Hati dan fikirkan saya bergelut bahawa dia boleh berubah," ujarnya.

Armor ditahan pihak polis selepas Intan mendedahkan dirinya dipukul dan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku.

cut intan 22

Video Intan dipukul suami menjadi bualan ramai.

Wakil peguam kemudian memberitahu Armor memilih jalan damai demi anak-anak mereka sehingga timbul spekulasi Intan menarik semula laporang yang telah dibuat.

Bagaimanapun pihak polis menegaskan kes tersebut akan tetap diteruskan memandangkan ia telah menjadi tular dan keganasan rumah tangga adalah perkara serius.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain