suria

Anak-anak mahu Kim Kardashian kahwin, sudah ada calon kekasih buat ibu

Kim belum bersedia untuk bercinta lagi.

BINTANG realiti Kim Kardashian berkongsi keterujaan anak-anaknya mencari kekasih baharu buat dirinya.

Kim, 43, berkata empat orang anaknya itu mempunyai calon tersendiri berdasarkan minat mereka terhadap sesuatu.

Dia bagaimanapun mengakui belum bersedia untuk kembali bercinta selepas berpisah dengan atlet bola sepak Amerika iaitu Odell Beckham Jr pada Mei lalu.

kim k 1

Kim bersama empat orang anaknya.

"Saya rasa sangat kelakar kerana anak-anak cuba jodohkan saya dengan pilihan mereka.

"Mereka sudah bersedia menerima orang baru tetapi saya tidak," katanya.

Kim berkongsi perkara itu ketika hadir menjadi tetamu di rancangan The Tonight Show Dibintangi Jimmy Fallon.

Menurut Kim, anak-anaknya sudah memberikan beberapa senarai nama calon pilihan teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Taylor Swift punya fasal, Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun bercinta, Kim Kardashian dan Odel Beckham Jr. sudah putus!

"Ada yang mahukan saya bersama pemain bola keranjang, atlet dan pembaca berita.

"Jika nak tahu mereka juga sudah cuba merapatkan saya dengan beberapa orang calon mereka," ujarnya.

Untuk rekod, Kim dan Odell pernah menjalinkan hubungan cinta sejak September 2023 namun berpisah pada Mei 2024.

Kim sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi rap Kanye West pada 24 Mei 2014 dan mempunyai empat cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain