TIDAK puas menunjukkan kemarahan dek kontroversi yang menimpa anggota kumpulan BTS iaitu Suga, orang ramai bertindak menghantar trak dengan mesej kecaman di hadapan agensi kumpulan tersebut iaitu Hybe di Seoul, Korea Selatan. Dalam mesej berkenaan, Suga didesak untuk meninggalkan BTS memandangkan didakwa mencemarkan reputasi kumpulan tersebut. Peminat menyifatkan Suga sudah tidak layak lagi bersama kumpulan itu kerana kesalahan memandu skuter elektrik dalam keadaan mabuk yang dilakukan sebelum ini. "Suga seorang pemandu mabuk, penjenayah patut keluar dari kumpulan! "11 tahun usaha BTS sia-sia, awak yang hancurkan kumpulan awak sendiri," katanya. Sebelum ini, peminat pernah menghantar 20 jambangan bunga di hadapan bangunan Hybe sebagai tanda menentang tindakan Suga mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kontroversinya. ARTIKEL BERKAITAN: Jambangan bunga tanda protes, peminat desak Suga tinggalkan BTS ARTIKEL BERKAITAN: Nama Suga BTS panas lagi! Kali ini timbul cerita suka ponteng, sering mengelat semasa di kem tentera Suga menjadi bualan hangat ramai susulan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keaadan mabuk pada 6 Ogos lalu. Penyanyi itu kemudian dibebaskan dibawah pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya turut dibatalkan. Belum reda isu tersebut, Suga pula berdepan pelbagai dakwaan seperti kuat mengelat ketika mengikuti latihan ketenteraan dan kaki botol. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!