TINDAKAN anggota kumpulan Sheila On 7 (SO7) menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berlangsungnya konsert di Makassar, Indonesia mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Menerusi sebuah video tular, vokalis SO7 iaitu Duta dilihat mengambil wuduk sebelum memimpin para jemaah dengan menjadi iman di ruangan solat yang disediakan. Penampilan Duta turut mencuri perhatian ramai kerana hanya memakai baju T, berseluar pendek dan memakai selipar. Duta sempat mendirikan solat sebelum persembahan bermula. Selain Duta, pemain bass SO7 iaitu Adam juga dilihat bersama-sama untuk menunaikan solat jemaah. Aksi Duta dan para jemaah yang mendirikan solat sebelum persembahan itu sekali gus menjawab protes yang dikemukakan oleh segelintir masyarakat sebelum ini. Sebelum konsert dimulakan, mereka sempat melakukan perarakan tunjuk protes kerana persembahan kumpulan penyanyi berkenaan dilakukan di kawasan sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Duta Sheila On 7 pernah kena buli di AS, terkenang diasuh jiran asal Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Sheila On 7 bikin kecoh, penganjur kena kecam punca jalan sesak Konsert tersebut dianggap merosakkan moral anak muda kerana segala aktiviti pembelajaran di Sekolah Menengah Atas Telkom, Makassar harus dihentikan buat sementara. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji anggota kumpulan tersebut kerana menjaga solat dan tidak hairanlah jika mereka sentiasa dimurahkan rezeki. "Baru kali ini saya merasakan pergi konsert semuanya rasa tertib. Sampai pulang ke rumah rasa aman sahaja. "Masya-Allah, kita jaga solat maka Allah jaga kehidupan kita," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!