suria

Bergelar ibu di usia muda, Kylie Jenner derita kemurungan selepas bersalin

Kylie Jenner mendedahkan mengalami kemurungan selepas melahirkan dua orang anaknya.

BINTANG realiti dan usahawan Kylie Jenner mendedahkan dia mengalami masalah postpartum depression atau kemurungan selepas bersalin selepas melahirkan dua anak perempuannya sebelum ini.

Kylie, 27, berkata, keadaan kemurungannya bertambah parah selepas melahirkan anak keduanya iaitu Aire pada 2022.

Ketika itu kata Kylie, emosinya bukan sahaja terganggu malah sukar menguruskan hal-hal kecil dalam kehidupannya.

Emosi Kylie terganggu selepas melahirkan anak.

Kylie mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.

"Semasa saya hamil, saya hanya memakai pakaian sukan sahaja malah tidak mempunyai waktu memikirkan hal-hal kecil dalam hidup saya.

"Emosi saya juga sering terganggu selepas melahirkan anak," katanya.

Bagaimanapun kata Kylie, keadaan kesihatan mentalnya semakin pulih dan dia kini kembali menjadi dirinya yang asal.

ARTIKEL BERKAITAN : Buat hal! Keluarga bengang Kylie Jenner minta pesawat berpatah balik selepas beberapa minit berlepas

ARTIKEL BERKAITAN : Peminat syak Kylie Jenner dan Timothee Chalamet sudah berpisah, tiada lagi foto keluar bersama

Kata Kylie, kemurungan yang berlaku mungkin disebabkan dia belum terbiasa dengan kehadiran anak-anak apatah lagi dia bergelar ibu pada usia muda.

Untuk rekod, selain Aire yang kini berusia 2 tahun, Kylie turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Stormi, 6 tahun hasil hubungannya dengan penyanyi rap Travis Scott.

Kylie dan Travis bagaimanapun berpisah pada Januari tahun lalu selepas tujuh tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain