SUAMI kepada personaliti media sosial Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador ditahan pihak berkuasa Indonesia pada malam Selasa atas tuduhan melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya. Armor telah dicekup pihak polis Bogor ketika berada di sebuah hotel di Kemang, Jakarta Selatan. Berita penahahan Armor disahkan sendiri oleh wakil polis Bogor, AKBP Rio Wahyu Anggaro kepada Media Indonesia. Intan mendedahkan sudah lebih lima tahun dia menjadi mangsa penderaan suaminya. "Alhadulillah sudah tertangkap di salah satu Hotel di Jakarta Selatan, esok kami akan beritahu lanjut," katanya. Menerusi video yang tular di aplikasi X, Armor mengaku dia bersembunyi di hotel berkenaan dalam usaha melarikan diri selepas tular rakaman video memaparkan dirinya membelasah Intan. Katanya, dia turut bertindak mematikan telefon bimbit bagi menghalang pihak polis dari menjejakinya. "Saya bawa barang-barang saya dari petang tadi ke hotel. ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bertahan kerana anak, Cut Intan Nabila tunjuk bukti dipukul suami... Tergamak curang dengan kawan sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Polis rampas syabu dan alat hisap dadah, Virgoun ditangkap bersama wanita di rumah sewa "Telefon bimbit ada tapi saya sudah matikan," jelasnya. Sebelum ini, Intan bertindak memuat naik rakaman video memaparkan dirinya dipukul Armor di kediaman mereka menerusi laman Instagram miliknya. Intan turut mendedahkan suaminya bukan sahaja melakukan penderaan fizikal malah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!