NAMA penyanyi Korea Selatan Suga BTS sekali lagi menjadi bualan netizen selepas timbul khabar angin mendakwa dia sering mengelat (curi tulang) sewaktu mengikuti sesi latihan ketenteraan. Perkara itu didedahkan oleh seorang petugas di kem berkenaan yang berkongsi mengenai sisi buruk penyanyi itu ketika berada dalam kem tentera sekitar November tahun lalu. Difahamkan Suga atau Min Yoon-gi, 31, merupakan ketua kumpulan namun sering tidak hadir ke mana-mana program mahupun kelas. Suga BTS kerap buat masalah sewaktu berada dalam kem tentera. "Suga tidak menghadiri mana-mana kelas sepanjang tempoh latihan selama lima hari, malah, pengajar menyedari bahawa tindakannya agak keterlaluan. "Suga akan bangun tidur, menganggukkan kepalanya tanpa faham apa-apa, melihat telefon dan kemudian tidur semula," kongsi individu terbabit. Selain itu, Suga juga didakwa mempamerkan sikap kurang baik apabila cuba menjadi seorang pembuli pada awal semester. ARTIKEL BERKAITAN: Video lama Suga BTS minum arak di atas pentas tersebar, peminat kecewa rupanya memang kaki botol ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui terbaring di tepi jalan, Suga BTS ditahan pandu skuter eletrik dalam keadaan mabuk Susulan tindakan itu, pihaknya telah membuat aduan dan telah menyerahkannya kepada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera Serantau Seoul bagi siasatan selanjutnya. Pihak pengurusannya iaitu Big Hit Music pula memilih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan yang dibuat itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!