suria

Orang kacak mesti ada kekasih... Lim Ji Yeon bagi ‘hint’ Ji Chang Wook sudah miliki teman wanita

Ji Yeon seperti memberi bayangan rakannya Chang Wook sedang dilamun cinta.

PELAKON Lim Ji Yeon memberi bayangan aktor Ji Chang Wook sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.

Kata Ji Yeon, 34, dia tahu segala-galanya tentang Chang Wook, 37, tetapi menghormati privasi rakannya itu.

"Saya tahu semuanya tetapi saya tak bertanya kepadanya tentang itu.

size NP 1 - 2024-08-13T142120.995

Chang Wook dan Ji Yeon merupakan pelakon bagi filem Revolver.

"Saya hormat dia kerana kami berdua adalah pelakon. Saya hormat kisah percintaannya.

"Tak mungkin dia tiada kekasih dengan rupa sekacak ini?" katanya.

Ji Yeon berkongsi perkara itu menerusi temu bual di saluran YouTube Zzanbro Shin Dong Yeop.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibi gosok gigi dan lidah sebelum lakon babak cium, takut memori buruk buat Ji Chang Wook

ARTIKEL BERKAITAN: Ji Chang Wook dah bebas Covid-19, kembali ke set penggambaran drama Netflix 'Annarasumanara'

Sementara itu, Chang Wook berkata dia tidak suka untuk berkongsi kisah percintaannya pada umum.

"Saya suka bercinta secara senyap-senyap dan putus pun secara senyap-senyap," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ji Yeon dan Chang Wook merupakan pelakon bagi filem Revolver yang sudah menemui penonton sejak 7 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain