suria

Sebulan kahwin pipi makin tembam, Aaliyah Massaid tak bersenam hanya buat ‘sukan pengantin’

Aaliyah menyedari perubahan bentuk badannya selepas dia berkahwin.

ISTERI kepada YouTuber terkenal Indonesia Thariq Halilintar iaitu penyanyi Aaliyah Massaid memaklumkan berat badannya naik selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Aaliyah, berkata percutian bulan madunya mengakibatkan perubahan besar tubuh badannya terutama pipi yang semakin mengembang.

Penyanyi berusia 22 itu memberitahu dia gemar menikmati pasta semasa bercuti Itali dan Greece antara punca perubahan tubuh badannya.

121111111

Aaliyah dan Thariq kerap berkongsi bulan madunya.

"Saya sangat bosan, saya rasa pipi saya semakin kembang kerana saya banyak makan pasta," katanya.

Aaliyah berkongsi perkara itu di vlog miliknya selepas mendapat teguran daripada peminat.

Menyedari perubahan tersebut, Aaliyah bagaimanapun enggan bersenam untuk menurunkan berat badannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar cukur jambang dan misai, Aaliyah Massaid anggap suami kurang macho

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi

Kata Aaliyah dia kerap melakukan 'sukan pengantin' bersama suaminya pada waktu malam.

"Tak akan bersenam hanya sukan pengantin," katanya tersipu malu.

Untuk rekod, Thariq dan Aaliyah baru sahaja bergelar suami isteri selepas sah berkahwin pada 26 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain