suria

Jambangan bunga tanda protes, peminat desak Suga tinggalkan BTS 

Peminat kecewa dengan tindakan Suga mengeluarkan kenyataan palsu.

SUSULAN kontroversi menimpa anggota BTS iaitu Suga, peminat bertindak menghantar jambangan bunga sebagai tanda protes di hadapan bangunan syarikat pengurusan kumpulan tersebut iaitu Hybe di Seoul, Korea Selatan.

Protes yang bermula sejak Selasa lalu dibuat bertujuan memaksa Suga meninggalkan BTS memandangkan penyanyi itu didakwa sudah mencemar nama baik kumpulan berkenaan.

Menurut wakil protes, jambangan bunga itu sebagai tanda menentang tindakan Suga yang mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kontroversi memandu skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

Malah mereka turut menggesa pihak pengurusan iaitu Big Hit Entertaiment untuk mengambil tindakan lanjut berhubung isu yang mengaitkan penyanyi itu.

Copy of Untitled (97)

Peminat menggesa Suga meninggalkan BTS.

"Ini bukan protes daripada peminat tetapi bunga ini dihantar oleh individu.

"Kami mengadakan protes kerana melihat tiada tindakan diambil oleh Hybe selepas Suga mengeluarkan kenyataan palsu," katanya.

Peminat turut meluahkan kekecewaan mereka menerusi mesej yang terpampang pada jambangan bunga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video lama Suga BTS minum arak di atas pentas tersebar, peminat kecewa rupanya memang kaki botol

ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui terbaring di tepi jalan, Suga BTS ditahan pandu skuter eletrik dalam keadaan mabuk

"Suga keluar BTS sekarang! Awak yang pilih untuk lepaskan tangan kami!" ujarnya.

Sebelum ini, Suga menjadi bualan hangat ramai susulan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keaadan mabuk pada 6 Ogos lalu.

Penyanyi itu kemudian dibebaskan dibawah pengawasan polis dan dikenakan denda sereta lessen memandunya turut dibatalkan.

Belum reda isu tersebut, Suga pula didakwa sering mengelat ketika mengikuti latihan ketenteraan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain