suria

Armor Toreador mengaku belasah isteri, kantoi tonton video lucah punca naik tangan

Armor (kanan) kini dalam tahanan polis.

SUAMI kepada pempengaruh media sosial Cuti Intan Nabila iaitu Armor Toreador mengaku membelasah isterinya selepas ditahan pihak polis pada Selasa.

Pengakuan yang dibuat Armor mengejutkan banyak pihak apabila dia memberitahu memukul isterinya disebabkan menonton video lucah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh wakil Polis Bogor berdasarkan keterangan yang dibuat oleh Armor.

cut intan 2

Video pendedahan Intan mengejutkan ramai.

"Tertuduh didapati menonton filem lucah. Itu kali terakhir mangsa dipukul," jelas wakil berkenaan.

Video Intan menjadi mangsa dera suami sendiri menjadi tular selepas dia sendiri mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Menurut Intan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku dan dia sudah lama bertahan dengan sikap panas baran Armor sepanjang pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bertahan kerana anak, Cut Intan Nabila tunjuk bukti dipukul suami... Tergamak curang dengan kawan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan matikan telefon elak dikesan gagal, suami Cut Intan Nabila akhirnya dicekup polis

Pihak polis dalam masa sama memberitahu akan memanggil Intan bagi memberi keterangan lanjut.

"Kami ingin memerika mangsa. Dia masih dalam keadaan trauma dan sebab itu kami hentikan pemeriksaan terhadap Nabila," ujarnya.

Untuk rekod Intan dan Armor memiliki tiga orang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga sejak 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain