suria

Demi bukti rasa cinta, Katy Perry dan Orlando Bloom terjun laut dari helikopter

Peminat kagum dengan keberanian Katy dan suami.

INGIN membuktikan rasa cinta, penyanyi Katy Perry bersama suaminya Orlando Bloom mengambil langkah berani dengan melakukan terjunan berani ke dalam laut.

Perkara itu dikongsikan sendiri Katy Perry menerusi Instagram miliknya dengan memaparkan dia bersama suami bersedia melakukan terjunan tersebut.

"Seperti bintang di langit, awak dan saya akan menemui satu sama lain," katanya di ruangan kapsyen.

laty 1

Detik-detik terjunan yang dikongsikan Katy dan suami.

Menerusi video yang dikongsikan, Katy dan Orlando dilihat saling memegang tangan sebelum melompat keluar dari helikoper bersama-sama.

Tidak hanya itu, pasangan ini juga dilihat tidak mengenakan jaket keselamatan sebaliknya Katy hanya memakai bikini manakala suaminya berseluar pendek.

Kedua-dua mereka juga dilihat gembira dan teruja selepas berjaya melakukan terjunan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran tak naik punca Katy Perry tinggalkan American Idol, produksi intai Taylor Swift sebagai juri

ARTIKEL BERKAITAN: Baju tertanggal semasa jadi juri, Katy Perry menyorok bawah meja tutup guna bantal

Untuk rekod, Katy dan Orlando dilaporkan bertunang pada 2016 bagaimanapun mereka dikatakan sudah berkahwin secara senyap pada 2021.

Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain