MEMASUKI tahun ke-30 perkahwinan, penyanyi Inul Daratista memberitahu dia semakin taksub dengan suaminya iaitu Adam Suseno. Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhima, 45, berkata semakin hari sikap suaminya semakin kelakar lebih-lebih lagi ketika mereka menghabiskan masa berdua. “Ya Allah, kalau bercakap saja mesti bergurau kerana Adam kini semakin kelakar. Inul semakin taksub dengan Adam. “Saya banyak kerja di tempat kerja, jadi Adam selalu menghiburkan saya supaya saya tidak stress,” katanya. Dalam pada itu, Inul juga berkongsi rahsia keharmonian rumah tangganya selama ini. Katanya, perkahwinan ini ibarat sesi persekolahan, di mana banyak proses pembelajaran berlaku dalam perhubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista keluar rumah bawa duit ‘juta-juta’, buat sedekah kalau jumpa orang susah ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji ‘Wajah Kekasih’ versi Inul Daratista penuh emosi, Siti Nurhaliza tak dapat tahan air mata "Saya menganggap hubungan rumah tangga seperti sekolah perlu belajar supaya mendapat nilai akhir yang baik," ujarnya. Untuk rekod, Inul dan Adam melangsungkan perkahwinan pada tahun 1995 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Yusuf Ivander Damares, 15 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!