suria

Watak drama bertukar realiti, pelakon ‘Marry My Husband’ kahwin September depan

Menurut sumber, Min Jeong dan Jae Ho akan adakan majlis perkahwinan mereka di Seoul.

PELAKON Gong Min Jeong dan Jang Jae Ho dilaporkan akan berkahwin pada September depan.

Min Jeong, 38, secara peribadi mengesahkan perkara itu ketika menerima panggilan temu bual bersama News1.

Tambah aktres itu, perkahwinan mereka bakal diadakan secara tertutup dihadiri rakan baik dan keluarga.

size NP 1 - 2024-08-16T131707.896

Min Jung dan Jae Ho bakal berkahwin pada September.

"Kami akan mengadakan perkahwinan secara persendirian dengan hanya kawan rapat dan keluarga kami sebagai tetamu," katanya

Dalam pada itu, Jae Ho, 38, juga berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menariknya mereka yang memegang watak sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri Marry My Husband akan mendirikan rumah tangga dalam dunia realiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dan Hana Ismail selamat timang cahaya mata sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto ‘baby bump’, Da'i Syed dan isteri bakal timang cahaya mata tak lama lagi

Bagimanapun, Min Jeong berkata, dia dan Jae Ho sudah mengenali antara satu sama lain sebelum berlakon bersama dalam Marry My Husband.

Tetapi hubungan mereka dikatakan semakin berkembang daripada rakan sekerja kepada pasangan kekasih ketika menjalani penggambaran drama berkenaan.

Bagaimanapun agensi Min Jeong mahupun Jae Ho masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan perkahwinan pasangan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain