suria

Tak tahu anak jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila menangis teresak-esak dalam pelukan bapa

Suasana pilu dan sebak ketika Cut bertemu bapanya.

GAGAL mengawal perasaan sedih, personaliti media sosial Cut Intan Nabila menangis teresak-esak sambil memeluk bapanya susulan kekecohan dia menjadi mangsa pukul suami sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik Wardah Maulina, jelas kedengaran suara tangisan dan esakan Intan dalam dakapan bapanya.

Malah bapanya juga memeluk erat dan cuba menenangkan anaknya itu.

cut 4

Bapa Cut periksa keadaan cucunya.

Detik Hot melaporkan bapa Cut iaitu Hanafi Hasan baru sahaja tiba dari Acheh bagi bertemu dengan anak perempuannya di sebuah hotel.

Difahamkan Hanafi sebelum ini tidak tahu anaknya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, bapanya juga dilihat memeriksa keadaan cucunya yang turut ditendang ketika pasangan suami isteri itu bergaduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan matikan telefon elak dikesan gagal, suami Cut Intan Nabila akhirnya dicekup polis

ARTIKEL BERKAITAN: Armor Toreador mengaku belasah isteri, kantoi tonton video lucah punca naik tangan

"Akhirnya Intan jumpa ayah dari Acheh. Sakit sampai ke ulu hati.

"Hati ayah mana yang tidak terluka anak perempuannya disakiti oleh lelak yang sudah dipercayai menjaganya dengan baik," ujarnya.

Sebelum ini, Intan bertindak memuat naik rakaman video memaparkan dirinya dipukul Armor Toreador di kediaman mereka menerusi laman Instagram miliknya.

553 (53)

Keadaan Cut masih dalam keadaan trauma.

Intan turut mendedahkan suaminya bukan sahaja melakukan penderaan fizikal malah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.

Armor kini dipercayai berada dalam tahanan polis selepas berjaya ditahan di sebuah hotel pada 15 Ogos lalu.

Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain