PERNAH melalui fasa susah, penyanyi Judika memberitahu dia terpaksa menganggung hutang yang banyak demi kelangsungan hidup. Bagaimanapun kata Judika, 46, dia sama sekali tidak akan berhutang untuk membeli makanan. Malah dia sanggup menahan lapar sekiranya tidak mempunyai wang yang cukup. Judika kini berjaya sebagai penyanyi terkenal. "Kalau berhutang itu pasti untuk perkara yang penting sahaja. Untuk urusan makan seboleh-bolehnya saya tidak akan meminjam. Lebih baik menahan lapar," katanya. Menurut Judika pengalaman itu dilalui ketika awal dia memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi sekitar tahun 2005. Disebabkan masalah kesempitan wang ketika itu penyanyi ini juga terpaksa berpindah-randah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu anak jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila menangis teresak-esak dalam pelukan bapa ARTIKEL BERKAITAN: Viral video Duta SO7 jadi imam sebelum konsert, tepis dakwaan rosakkan moral anak muda "Dulu hutangnya tidaklah banyak, tetapi ketika itu nilainya terasa besar. Saya sering menunda bayaran sewa kerana gaji yang lambat. "Sebelum kehidupan kukuh, saya banyak kali berpindah mengikut kemampuan ketika itu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!